Jumaat, 21 November 2014
sekadar hobi atau menunjuk?
assalam buat semua.. blog ni just sekadar catatan sendirian berhad. lebih kurang cam diari la.
aku species yang xboleh maintain nak tulis diari.
seminggu pertama boleh.. next week dah jarang.. another week lagi la cari and at the end aku bia je camto.
aku tak bajet pun akan ade orang baca blog aku.
papepun this is my story.. this is my life.. suka or tak.. thats mine.
main point aku nak tulis semua resepi mak aku..
bukan ape.. bile mak aku xde nanti atleast aku bleh masak sendiri
aku bukan doa mak aku pergi dulu..
tapi.. hidup mati bukan hak kita nak tentukan so aku prepare je ape yang patut.
boleh jadi aku pergi dulu..
boleh jadi dia pergi dulu..
boleh jadi mak ayah aku pegi dulu..
and boleh jadi jugak ko yang pergi dulu..
menulis menaip ni cuma skadar hobi untuk berkongsi secangkir cerita..
bukan niat aku untuk menunjuk.
semoga hidup kita sama2 diberkati..
salam.. habib hazam
Isnin, 7 April 2014
Resepi ketam masak merah terengganu(sekilo)
bahan2
bwg putih 3 ulas
bwg besar 3 labu saiz sederhana
ketam sekilo
lada mesin
asam jawa adabi
kicap
air 2 cawan
cara2
1. Blender bwg putih n bwg besar, tapis hingga kering air
2. Panaskan minyak
3. Masukkan bwk putih dan bwg besar td, biarkan selama 2 hingga 3 minit
4. Masukkan lada mesin, biarkan sehingga wangi
5. Masukkan ketam yang telah dibasuh
6. Masukkan air 2 cawan bergantung kpd kuantiti ketam
7. Masukkan garam 1 sudu kecil, gula secukup rasa
8. Masukkan 3/4 sudu besa asan jawa adabi
9. Biarkan sehingga masak
Rabu, 22 Januari 2014
CARA MASAK TELUR GUNA MICROWAVE !!
Scramble Egg ( guna mug )
- 2 biji telur + susu
- pukul sebati
- 2 minit (high)
Poached Egg
- 1/3 gelas air + telur ( pecahkan - telur kuning jangan bagi pecah)
- tutup dengan mangkuk
Omellet
- pecahkan 2 biji telur dalam + pukul
- sebatikan minyak atas pinggan + cover dengan pinggan lain dan masukkn dlm microwave selama 90 saat
- keluarkan kemudian tuang telur tadi keatas pinggan
- masuk semula dan siap
RESEPI KUIH SERI KAYA
Bahan - bahan
- telur 5 biji
- gula merah1/2 + gula melaka 1/2 + air sedikit
- gula biasa 1/ 2 cawan
- santan kotak 1 cawan
- sedikit garam ( 1/3 sudu kecil)
Cara - cara
- masukkan semua bahan tadi dalam satu bekas
- ramas gula melaka sehingga hancur bersama2 adunan
- letakkan minyak sebagai alas di bekas lain
- tuangkan adunan tadi, kukus setengah jam dan api jangn terlalu kuat
RESEPI SOTONG SUMBAT TERENGGANU (ORIGINAL)
Bahan
- pulut 2 sudu
- sotong saiz sederhana (tidak terlalu kecil)
-lidi
-bawang merah 1biji
- halia sebesar jari kelingking
- santan pekat
-gula
-garam
Cara
- basuh pulut dan rendamkan selama 15 minit
- toskan sotong yang telah dibasuh tadi dan letakkan pulut ( separuh dari saiz sotong sahaja)
- masukkan kepala sotong dan cucuk dengan lidi
- potong bawang merah dan halia
- kemudian rebus sotong sehingga air kering
- masukkan santan pekat
- masukkan bawang dan halia
- masukkan gula dan garam
- biakan sehingga masak
PUDING ROTI
Bahan
-agar2 ( bahagi 3) * rendamkan dengan air dahulu
- susu cair ( 1/3)
- susu pekat (2/3)
-roti
-air 1/ 2 cawan
-telur 1 biji
Cara
- campurkan roti, susu cair dan telur
- blenderkan bahan2 tadi
- letak didalam periuk
- masak dan masukkan agar2 tadi
- masak dengan api yang kecil
- kemudian tuangkan dalam acuan dan letakkan pewarna yang diingini
Isnin, 20 Januari 2014
kari ikan merah tanpa santan
kali ni nak berkongsi resepi kari ikan merah tanpa santan..
ni mak aku buat sebab ayah aku kencing manis plus darah tinggi semua.. so makan mmg kena pantang
bahan-bahan (*di mayang kasar)
*bawang putih
*bawang besar
*halia
serbuk kari mak siti
ikan merah
cara memasak
- panaskan minyak dan masukkan bwg putih, bawang besar dan halia yang telah dimayang tadi
-biakan sehingga naik bau, kemudian masukkan serbuk kari 3 sudu besar (bersamaan 1 paket kecil kari mak siti )
-masukkan air ( tak kisah nak byk mana, kalau nak pekat letak sikit. nak cair letak banyak)
-kemudian masukkan ikan
-masukkan garam
-dan tambah tomato hijau supaya lebih sedap